thermostatic air cleaner | pembersih udara bertermostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembersih udara yang mempunyai injap bertermostat yang berfungsi untuk mengawal aliran udara masuk melaluinya ke kebuk pembakaran. Semasa enjin sejuk, injap akan membenar- kan udara yang dipanaskan oleh pancarongga ekzos mengalir masuk ke pembersih udara. Injap ini akan tertutup perlahan- lahan apabila mencapai suhu operasinya dan menyebabkan aliran udara masuk seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan suhu udara yang masuk lebih tinggi untuk pembakaran yang lebih cekap. |
muscarinic antagonist | antagonis muskarinik | Farmasi | Farmakologi | Agen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor muskarinik dengan menghalang pengikatan asetilkolina dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut. Contoh agen ini ialah atropina, skopolamina, propantelina dan pirenzepina. Kesan daripada pengikatan agen ini pada reseptor muskarinik akan menyebab.kan pengurangan atau penyekatan aktivitiaktiviti muskarinik seperti pendilatan pupil (pengembangan anak mata). Lihat juga reseptor muskarinik. |
north pole | kutub utara | Teknik | Elektrik | Kutub magnet tempat fluks meninggalkan satu hujung magnet menuju ke kutub selatan. Jika magnet dibiarkan tergantung bebas kutub utara magnet akan mengarah ke Kutub Utara bumi. Arah jarum kompas kan menunjukkan arah kutub ini. |
pararhyme | pararima | Kesusasteraan | Puisi | Rima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara. |
back-to-back-istisna | istisna’ sandar-menyandar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad istisna’ yang diistisna’kan semula kepada pihak lain. Akad ini diterima dalam perbankan Islam dengan syarat kedua-dua akad istisna’ tersebut tidak saling berkait. Akad ini biasanya digunakan untuk tempahan barangan perkilangan. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keuntungan di samping memadankan struktur tempoh pembiayaan. Contohnya, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada syarikat untuk membina kemudahan seperti jana kuasa melalui akad istisna’. Kemudian, perbankan Islam melantik firma kejuruteraan untuk membina jana kuasa tersebut dengan menggunakan akad istisna’ juga. Perbezaan harga yang dibayar oleh perbankan Islam kepada firma kejuruteraan dan harga yang akan diterima daripada syarikat merupakan keuntungan kepada perbankan Islam. |
masquerading host | hos penyamaran | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancar -kan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran. |
lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |
script virus | virus skrip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa. |
resultant rhythm | rentak terhasil | Muzik | Tiada | Gabungan rentak yang berbeza dan bertingkah yang dihasilkan oleh beberapa jenis alat membranofon dan idiofon seperti dram atau gong. Contohnya, rentak terhasil akan diperoleh apabila gedumbak, geduk dan gendang dimainkan serentak dalam sesuatu lagu wayang kulit Kelantan. |
kanjira | kanjira | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang, iaitu tamborin. Kulit dipasang pada badan kanjira, sementara piring logam kecil dilekatkan pada bahagian bingkai kanjira yang sempit. Apabila permukaan kulit dipukul dengan tangan, piring logam tersebut akan menghasilkan rentak tertentu. Kanjira berasal dari India dan dimainkan dalam ensembel tradisi muzik Karnatak di selatan India. |