Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Sayangkan titik,
     tak sayangkan tumpah.

Bermaksud :

Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flexitarian dietdiet fleksitarianKesenianTiadaGaya pemakanan yang lebih mengutamakan makanan berasaskan tumbuhan, akan tetapi masih memakan makanan yang berasaskan haiwan dalam kuantiti yang sedikit.
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
codominantkodominanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanDua alel yang tiada hubungan dominan atau resesif, tetapi akan membentuk haiwan baharu apabila diekspresikan bersama.
webinarwebinarTeknologi Maklumate-PembelajaranSingkatan bagi seminar berasaskan web. Seminar yang dikendalikan menerusi Internet pada hampir masa nyata. Webinar mempunyai elemen interaktif yang membenarkan pembentang/pengajar dan peserta/pelajar dari pelbagai lokasi berkongsi dokumen, audio, video atau slaid. Webinar boleh dirakam untuk siaran tertunda, tetapi akan kehilangan elemen interaktif yang juga dikenali sebagai siar web. Lihat juga siar web.
loss reserverizab kerugianinsuransTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
debenturedebenturEkonomiTiadaModal pinjaman yang dibuat oleh sesebuah syarikat perniagaan untuk menambah modal pusingan perniagaan. Debentur ini akan dibayar faedah, tetapi tidak boleh menerima dividen syarikat tersebut. Debentur juga diterbitkan oleh syarikat awam yang dapat diniagakan di Bursa Saham. Ia berbeza daripada saham yang juga merupakan pinjaman syarikat tetapi dibayar dividen.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
brute force attackserangan hentam kromoTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan mendapatkan maklumat rahsia seperti kata laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat.
energy inputinput tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah tenaga yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem atau peranti. Peranti mungkin akan menukarkan jenis tenaga tetapi tidak menukarkan jumlah tenaga yang diterima. Contohnya, tenaga elektrik (input) yang dialirkan ke mentol akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba (output).
complementary genegen saling lengkapPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGen yang berbeza, tetapi menyumbang kepada satu sifat yang sama. Gen tersebut saling melengkapi dan harus muncul bersama. Ketiadaan satu gen akan menyebabkan sifat yang disumbangkan tidak akan muncul.
12345

Kembali ke atas