canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
coda | koda | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian akhir penulisan sastera atau komposisi muzik. Pada bahagian akhir ini, tema sesebuah karya diringkaskan atau dikemukakan secara menyeluruh agar ceritanya lebih berkesan dan mudah difahami pembaca. Koda berasal daripada bahasa Latin cauda yang bermaksud �ekor�. Dalam kesusasteraan Melayu, koda dikenali sebagai �buah cerita�. |
expiry date | tarikh akhir | Herba | Tiada | Masa yang ditetapkan untuk menandakan tarikh (bulan dan tahun) sah digunakan bagi suatu sediaan herba. Tarikh ini ditentukan daripada kajian kestabilan sediaan herba dan merujuk kepada status degradasi sediaan herba semasa disimpan dalam keadaan yang tertentu. Tarikh akhir ini berbeza mengikut jenis sediaan herba. Biasanya sediaan ekstrak herba mempunyai tarikh akhir yang lebih lama berbanding sediaan herba mentah. |
batch record | rekod kelompok | Herba | Tiada | Dokumen yang berkaitan dengan pengeluaran setiap kelompok produk pukal atau produk akhir. Rekod ini secara terperinci menjelaskan sejarah setiap kelompok produk dan semua perkara berkenaan kualiti produk akhir. Rekod ini berguna bagi pengesanan asal usul bahan. |
clausula | suku kata terakhir | Kesusasteraan | Puisi | Suku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu. |
storage area | kawasan penstoran | Herba | Tiada | Suatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan. |
herbal preparation specification | spesifikasi sediaan herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi sediaan herba yang digunakan dalam penghasilan produk akhir herba. Biasanya spesifikasi ini mengandungi tatacara dan ujian had yang bersesuaian seperti dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah herba atau produk akhir herba. |
finished herbal product specification | spesifikasi produk akhir herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut. |
bottom-up nanofabrication | nanofabrikasi bawah-atas | Fizik | Nanoteknologi | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
herbal product quality complaint | aduan kualiti produk herba | Herba | Tiada | Aduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan. |