open ending | akhiran terbuka | Kesusasteraan | Tiada | Penutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka. |
trick ending | akhiran muslihat | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian dalam cerita yang tidak dapat diduga oleh pembaca. Hal ini demikian kerana tiada petunjuk daripada pengarang atau kerana pengarang sengaja menyimpan maklumat penting sehingga ke babak akhir cerita. Istilah ini dikenali juga sebagai akhiran di luar duga. |
masculine ending | akhiran ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |
back matter | bahan akhiran | - | Tiada | Bahan selepas teks utama seperti senarai istilah, glosari, lampiran, bibliografi, dan indeks. Sinonim end matter. Banding front matter. |
end matter | bahan akhiran | - | Tiada | Lihat back matter. |
immediate annuity | anuiti hayat akhiran | insurans | Tiada | Anuiti yang bayaran kepada anuitan akan dibuat pada setiap akhir tempoh tertentu seperti akhir bulan, akhir tahun dan sebagainya. |
appendix | lampiran | - | Tiada | Bahan sokongan seperti teks, ilustrasi dan data yang dilampirkan di bahagian akhiran bahan penerbitan. |
body matter | bahagian teks | - | Tiada | Kandungan utama bahan penerbitan yang terdiri daripada bahagian, bab, judul dan subjudul yang terletak di antara bahagian awalan dan bahagian akhiran. |
moral | moral | Kesusasteraan | Tiada | Pengajaran yang diperoleh daripada sesebuah karya, sama ada disampaikan secara terang-terangan atau secara tersirat. Dalam kesusasteraan Melayu, penulis sering memaparkan moral cerita menggunakan pelbagai teknikm sama ada melalui penulisan novel, cerpen, puisi, dan seumpamanya. Cerita yang dipaparkan biasanya membawa moral yang baik. Cerita yang ditulis untuk pendidikan mempunyai nilai moral yang lebih jelas. Lihat juga cerita moral, moral akhiran. |