acrylic resin | resin akrilik | Kimia | Tiada | 2. Polimer organik termoplastik sintetik yang dihasilkan daripada pempolimeran terbitan akrilik seperti asid akrilik dan metil akrilat.,3. Resin yang terbentuk melalui pempolimeran terbitan monomerik seperti ester atau amida asid akrilik. |
acrylic resin | resin akrilik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Polimer organik termoplastik sintetik yang dihasilkan daripada pempolimeran terbitan akrilik seperti asid akrilik dan metil akrilat. Bahan ini mempunyai kerintangan cahaya ultralembayung yang tinggi dan boleh didapati sebagai emulsi dan digunakan dengan meluas dalam kerja-kerja kemasan luar. |
acrylic crown | korona akrilik | Pergigian | Tiada | Bahagian kepala gigi yang diperbuat daripada akrilik. Korona ini dibuat sementara menunggu korona sebenar siap. Korona akrilik dibuat di makmal dan biasanya diperbuat daripada seramik atau logam. Korona akrilik ini berfungsi untuk memberi perlindungan sementara pada gigi yang telah dipotong. |
acrylic ester | ester akrilik | Kimia | Tiada | Ester asid akrilik atau terbitan berstruktur asid akrilik. |
acrylic pimple | pimpel akrilik | Perubatan | Tiada | Kekasaran di permukaan aplians akrilik, dan saiznya lebih kecil daripada mutiara akrilik. |
acrylate | akrilat | Kimia | Tiada | 1. Garam atau ester asid akrilik.,2. Resin akrilik. |
butyl acrylic | butil akrilik | Perubatan | Tiada | Akrilik yang mempunyai kumpulan butil, menjadi polimer yang lebih tahan dan sukar difrakturkan oleh daya impak. |
autopolymerizing acrylic | akrilik pengautopolimeran | Perubatan | Tiada | Resin akrilik yang boleh melalui proses pempolimeran dengan sendiri tanpa haba. |
self-curing acrylic | akrilik swapolimeran | Perubatan | Tiada | Akrilik yang boleh terpolimer oleh pengaktivat dan pemangkin sahaja tanpa memerlukan haba. |
acrylic splint | splin akrilik | Perubatan | Tiada | Prostesis akrilik yang menstabilkan gigi atau rahang dan membolehkan penyembuhan gigi dan rahang yang tertrauma. |