[ak.ro.bat] | اکروبت
Definisi : orang yg membuat pertunjukan gerak badan dsb (di sarkas dll) yg memerlukan ketangkasan dan kemahiran (spt membuat lompatan-lompatan yg sukar, berayun di kayu buaian yg tinggi, berjalan di atas tali yg direntangkan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ak.ro.bat] | اکروبت
Definisi : orang yg melakukan pertunjukan yg sukar-sukar yg memerlukan ketangkasan, kecekapan dan kepantasan gerak badan (spt melompat, meniti atau berbasikal di atas regangan tali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)