pad character | aksara pad | Kejuruteraan | Tiada | Aksara yang diperkenalkan untuk menghabiskan masa sementara sesuatu fungsi dilaksanakan. |
optical character recognition (OCR) | pengecaman aksara optik (OCR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perisian yang mengecam aksara teks secara optik dengan menukar imej yang telah diimbas dalam format peta bit kepada bentuk yang dapat disunting menggunakan perisian pemproses kata. |
character-based phylogenetic method | kaedah filogenetik berasaskan aksara | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik berasaskan kepada aksara pada setiap jujukan yang dijajarkan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah parsimoni maksimum dan kebolehjadian maksimum. Lihat juga parsimoni maksimum, kebolehjadian maksimum. |
bold | tebal | - | Tiada | Berkaitan dengan aksara yang lebih gelap, ketara dan jelas kelihatan, berbanding aksara biasa. |
password rule | peraturan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peraturan dalam bentuk arahan mengenai panjang, susunan, gabungan, dan pilihan aksara yang akan digunakan dalam kata laluan. Contohnya, setiap kata laluan mesti sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua nombor dan dua aksara khas. Pelaksanaan dasar kata laluan agar pengguna tidak memilih kata laluan yang mudah diteka. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh sistem pengendalian komputer yang ingin dicapai. |
password generation system | sistem penjanaan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau komponen sistem pengendalian yang menjanakan rentetan aksara secara rawak yang boleh digunakan sebagai kata laluan pengguna. Rentetan yang dijana adalah mengikut penetapan pengguna seperti bilangan aksara dan nisbah antara huruf, nombor dan aksara khas yang sepatutnya ada dalam kata laluan. |
maximum parsimony | parsimoni maksimum | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang mengenal pasti aksara berbeza daripada penjajaran jujukan berbilang. Kaedah ini mencari jumlah perubahan aksara yang minimum dalam penjajaran jujukan berbilang untuk membina pepohon filogenetik yang optimum. |
ordered character | aksara teratur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan DNA dalam susunan tertentu, yang digunakan untuk penjanaan pepohon genetik yang digunakan dalam kaedah parsimoni. |
mesostich | sajak aksara tengah | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang terdapat pada huruf tengah tertentu dalam membentuk sebuah kata. Contohnya, puisi "Tua" karya A. Ghafar Ibrahim. Hari depan tidak payah diiklankan pagi: tik tok tik tok meninggalkan bulan. malam: tok tik tok tik meninggalkan mentari |
transliteration | transliterasi | - | Tiada | Penukaran aksara asal kepada huruf dalam sistem tulisan lain. |