open access | akses terbuka | - | Tiada | Ketersediaan bahan terbitan dalam talian yang diberikan secara percuma kepada individu yang ingin mendapatkannya. |
food desert | gegurun makanan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Kawasan yang mempunyai akses terhad kepada makanan berkhasiat. |
hotspot | titik penghala | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kawasan khusus yang menyediakan akses internet, kebiasaannya menggunakan Wi-Fi melalui Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) dengan penghala disambungkan kepada pembekal khidmat internet. |
net neutrality | keneutralan rangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Prinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) harus memberikan akses secara saksama dan terbuka kepada pengguna untuk semua kandungan dan perkhidmatan dalam talian. |
nuclear security | sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event. |
digital rights management (DRM) | pengurusan hak digital (DRM) | - | Tiada | Sistem yang melindungi fail e-buku daripada dibuka oleh pengguna yang tidak mempunyai izin akses. Misalnya, pengguna tidak dapat membuka e-buku Kindle melalui Nook atau e-buku Nook melalui Kindle, kerana mempunyai DRM yang berbeza. |
Internet censorship | penapisan Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, organisasi atau entiti lain yang berkuasa untuk mengawal, menyekat atau mengehadkan akses terhadap maklumat di Internet. |
cyberattack | serangan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang. |
child grooming | pengantunan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
child sexual grooming | pengantunan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |