Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active ingredientramuan aktifHerbaPemiawaianBahan atau sediaan ubat herba yang mengandungi juzuk aktif, yang boleh memberikan kesan perubatan. Kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan jumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan. Contohnya, ramuan aktif ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi eurikomanon sebanyak 10% dan bahan lain seperti eurikomalakton.
active ingredientkandungan aktifHerbaTiadaJuzuk aktif bahan atau sediaan ubat herba. Sekiranya juzuk berterapi diketahui, kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan sejumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan.
heteroptropiaheterotropiaSains KesihatanTiadaKedudukan aktif paksi mata yang menyisih dari kedudukan aktif mata yang satu lagi. Dikenali juga sebagai mata juling.
active learningpembelajaran aktifTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui kepelbagaian aktiviti seperti penulisan, perbincangan, penyelesaian masalah atau refleksi dengan keutamaan diberikan kepada pembinaan kemahiran diri pelajar lebih daripada mendapatkan maklumat.
active ingredientramuan aktifHerbaPeraturan dan PemasaranKomponen utama suatu tumbuhan ubatan atau produk herba yang mempunyai kesan terapeutik. Ramuan aktif boleh terdiri daripada ciri khusus tumbuhan ubatan atau produk herba. Contohnya, kemunting cina (Vinca rosea) mengandungi vinkristina dan vinblastina yang digunakan sebagai ubat antikanser.
active dragseretan aktifSains SukanBiomekanikSeretan yang wujud akibat pergerakan jasad. Pergerakan jasad boleh berlaku dalam medium bendalir dan udara. Contohnya, dalam sukan renang, pakaian berteknologi dicipta untuk mengurangkan seretan aktif bagi meningkatkan kecekapan pergerakan.
pharmacological or therapeutic classificationpengelasan farmakologi atau terapeutikHerbaTiadaPengelasan herba menurut tindakan farmakologi yang disebabkan oleh kandungan bahan aktif utama atau kegunaan terapeutiknya. Pendekatan pengelasan ini semakin popular. Walau bagaimanapun, kandungan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam herba yang sama boleh mempunyai tindakan farmakologi atau kegunaan terapeutik lain.
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
chemical or biogenetic classificationpengelasan kimia atau biogenetikHerbaTiadaPengelasan herba menurut kandungan bahan aktif utama seperti alkaloid, flavanoid, terpenoid, glikosida, minyak meruap dan sebagainya atau mengikut jenis lintasan biosintesisnya. Pendekatan pengelasan ini adalah popular namun boleh berlaku kesamaran apabila sesuatu herba mempunyai pelbagai bahan aktif daripada kumpulan fitokimia yang berbeza.
herbal marker compoundsebatian penanda herbaHerbaTiadaSebarang komponen kimia tulen dan unik yang terkandung dalam suatu bahan herba dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai keaslian dan kualiti bahan mentah herba. Sebatian penanda herba merupakan satu atau campuran beberapa komponen kimia yang aktif atau yang tidak aktif secara biologi. Kandungan sebatian penanda herba ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Kandungan sebatian penanda herba yang mematuhi had piawai menunjukkan bahawa bahan mentah atau sediaan herba tersebut memenuhi syarat spesifikasi herba piawai. Contohnya, sebatian penanda asiatikosida dalam pegaga, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
12345678910...

Kembali ke atas