Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kui.fer] | اکووييوس

Definisi : (akuéus) (Kim) bkn sesuatu larutan yg pelarutnya air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kui.fer] | اکووييوس

Definisi : /akuéus/ ist bkn larutan yg pelarutnya air: Asid kuat dan bes kuat mengion sempurna dlm larutan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akueus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensitivitykepekaanKimiaKimia AnalisisAmaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan.
isolationpemencilan/pengasinganHerbaPemiawaianProses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan.
aqueous humourhumor akueusKejururawatanTiadaCecair yang mengisi ruang anterior mata hadapan pada kanta.
evaporationpenyejatanHerbaPemiawaianProses memekatkan ekstrak cecair atau akueus tumbuhan herba dengan menggunakan alat penyejat.
hydrophilic creamkrim hidrofilikHerbaTiadaKrim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas.
percolationperkolasiHerbaTiadaProses pengekstrakan secara penurasan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran pada suhu bilik atau lebih panas yang melalui bahan herba di dalam perkolator.
foaming indexindeks pembusaHerbaTiadaNilai kemampuan pembusaan suatu rebusan akueus bahan atau ekstrak herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan saponin dalam herba yang menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncang air rebusan herba selama 15 saat dan buih yang terhasil perlu kekal dalam tempoh 15 minit sebelum diukur ketinggiannya.
macerationmaserasiHerbaTiadaProses pengekstrakan secara rendaman bahan herba dengan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran dalam bekas yang tertutup pada tempoh tertentu. Nisbah bahan herba dengan pelarut yang biasa digunakan ialah 1:5 atau 1:10. Terdapat empat teknik maserasi, iaitu maserasi ringkas, maserasi kinetik, maserasi ulang dan pencernaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tidak tahan haba bagi mengekalkan keutuhan komponen kimia. Sinonim pemaseratan.
sialagoguesialagogHerbaPemiawaianEkstrak herba yang merangsang pengeluaran air liur. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale), sirih (Piper betle) dan lada hitam (Piper nigrum).
stypticstiptikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang boleh menghentikan atau mencegah perdarahan. Contohnya, ekstrak akueus daun kapal terbang (Chromolaena odorata). Sinonim antihemoraj.
123

Kembali ke atas