Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : Jw sj rumput yg tinggi, lalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang-alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris AlangKeris AlangKerisTiadaLihat Keris Anak Alang .
Keris Anak AlangKeris Anak AlangKerisTiadaKeris Jenis Sumatera yang mempunyai bentuk mata yang sederhana panjang. Sin: Keris Alang.
alang hujung kekalang hujung kekKesenianTiadaBahagian kek yang berupa kayu melintang di bahagian hujung kek untuk menggantung tali gantung pasung.
alang badan kekalang badan kekKesenianTiadaBahagian kek yang berupa kayu melintang di bahagian badan kek untuk menggantung tali gantung karat dan tali gantung jentera.
kuku alangkuku alangKerisTiadaLihat belalai gajah.
beam slotalur alangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang digunakan dalam pembinaan struktur rumah. Alur alang digunakan sebagai asas untuk memperkuat, mengurangkan beban berat dan menyeimbangkan rangka rumah pada bahagian lantai dan atap semasa pembinaan. Alur alang terbahagi kepada dua, iaitu alur panjang dan alur pendek. Masing-masing berfungsi untuk memperkuat bahagian asas atap dan memperkuat rangka rumah pada bahagian lantai. Alur alang diperkukuh dengan memasukkannya pada lubang yang dikenali dengan alur atau pasak. Sinonim alur rasuk.
continuous beamalang selanjarFizikMekanikAlang yang disanggai oleh lebih daripada dua sokong.
lintelalang jenangKesenianSeni BinaStruktur yang berfungsi seperti rasuk yang dipasang secara melintang pada bahagian atas bukaan dinding untuk diletakkan tingkap atau pintu, atau bukaan dinding untuk laluan. Alang jenang berfungsi untuk menampan beban struktur yang berada di atas bukaan tersebut.
levertuilFizikMekanikMesin teringkas yang terdiri daripada satu alang tegar berpangsi pada suatu fulkrum, F. Suatu daya dipanggil usaha (effort), E, dikenakan ke atas suatu titik di atas alang untuk mengatasi suatu daya yang dipanggil beban. Terdapat tiga jenis tuil, bergantung pada kedudukan relatif usaha (effort), fulkrum dan beban. tukul kereta sorong playar kacip angkup gula pisau RUJUK RAJAH M.S. 103
mechanical balanceneraca mekanikFizikMekanikAlat untuk mengukur jisim yang terdiri daripada satu tuil (alang) dengan pangsi di tengahnya. Di tiap-tiap hujung tuil itu tergantung satu piring. Objek yang hendak ditentukan jisimnya diletakkan dalam piring yang satu lagi sehingga alang mengufuk.
12345678

Kembali ke atas