Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.san] | السن

Definisi : 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pen­dapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demi­kian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.san] | السن

Definisi : sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alasan

Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grounds of objectionalasan bantahanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
motivemotifKriminologiKeadilan JenayahSebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik.
rationalismrasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi.
justifiable homicidepembunuhan berkewajaranKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian.
female genitalia mutilatonmutilasi genitalia perempuanKejururawatanTiadaTindakan membuang atau memotong sebahagian atau kesemua genitalia kanak-kanak perempuan dengan alasan adat resam.
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?
inherintace taxcukai warisanEkonomiTiadaCukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar.
cancellation of authorisationpembatalan kebenaranHerbaPeraturan dan PemasaranArahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan.
cancellation of registrationpembatalan pendaftaranHerbaPeraturan dan PemasaranArahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan pendaftaran produk yang telah diberikan kepada syarikat sekiranya didapati terdapat kecacatan pada kualiti, keselamatan, keberkesanan atau kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran. Produk yang dibatalkan pendaftarannya tidak boleh diimport, dikilang, dijual, dibekal, diguna atau dimiliki. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan.

Kembali ke atas