albumin | albumin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Protein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak, bilirubin dan kebanyakan ubat. Albumin disintesiskan oleh hati. Kebiasaannya, albumin banyak terdapat dalam sumber makanan seperti putih telur dan susu. Albumin juga terdapat dalam serum darah. |
albumin | albumin | Veterinar | Praklinikal | Protein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin serum merupakan protein plasma utama dalam badan (lebih kurang 60%) yang terlibat dalam sebahagian besar tekanan osmosis koloid plasma. Albumin ini juga bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak; bilirubin dan kebanyakan drug. Albumin disintesiskan dalam hati. Paras serum yang rendah boleh berlaku dalam malpemakanan protein; inflamasi aktif; penyakit hepar dan renal yang serius. |
albumin | albumin | Veterinar | Tiada | Protein ringkas yang larut air atau larutan garam yang cair kepekatannya. Protein ini menyerupai putih telur dan banyak terdapat di dalam tisu tubuh. Protein ini akan menggumpal apabila dipanaskan. Contohnya, ovalbumin dalam putih telur, laktalbumin dalam susu dan albumin serum dalam darah. Albumin banyak terdapat dalam tisu haiwan dan tumbuhan. |
albumin | albumin | Sains Forensik | Tiada | Protein yang boleh larut di dalam air atau larutan garam cair. Kehadiran albumin manusia melalui kaedah ELISA dapat membantu ahli forensik mengenal pasti sesuatu kesan darah sama ada darah tersebut berasal daripada manusia atau haiwan. Lihat juga ELISA. |
albumin | albumin | Bioteknologi | Tiada | Protein yang larut dalam air dan bergumpal apabila dikenakan haba, misalnya ovalbumin dalam putih telur, albumin serum dalam darah, taktalbumin dalam susu, dan leukosin dalam bijirin. |
albumin | albumin | Kimia | Tiada | Kumpulan protein mudah yang larut dalam air dan bergumpal apabila dipanaskan seperti ovalbumin dalam putih telur, serum albumin dalam darah, laktalbumin dalam susu, dan sebagainya. Bahan ini mengandungi banyak asid amino berasid, glutamat dan asparat (20-25%), lisina dan isolusina (hingga 10%), dan sedikit glisina (1%). |
albumin | albumin | Kimia | Biokimia | Kumpulan protein mudah yang larut dalam air dan bergumpal apabila dipanaskan seperti ovalbumin dalam putih telur, serum albumin dalam darah, laktalbumin dalam susu, dan sebagainya. Bahan ini mengandungi banyak asid amino berasid, glutamat dan aspartat (20-25%), lisina dan isolusina (hingga 10%), dan sedikit glisina (1%). |
albumin | albumin | Biologi | Fisiologi | Salah satu daripada kumpulan protein yang boleh larut dan boleh gumpal seperti ovalbumin di dalam putih telur, serum albumin di dalam darah, laktalbumin di dalam susu dan leukosin di dalam gandum. |
albumin | albumin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Protein ringkas yang larut di dalam ari dan dapat mencairkan larutan garam serta berkumpul apabila dipanaskan. Protein ini banyak terdapat pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan, seperti serum albumin pada darah, dan legumelin pada biji benih. |
albumin | albumin | Fizik | Tiada | Tiada |