alpha-gamma coactivation | koaktifan alfa gama | Sains Sukan | Biomekanik | Pengaktifan neuron motor alfa dan neuron motor gama yang berlaku secara seiring pada saraf tunjang. |
alpha helix | pilin alfa | Fizik | Nanoteknologi | Struktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 �. Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100� dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 � sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya. |
alpha cell | sel alfa | Kejururawatan | Tiada | Sel di pepulau Langerhans pankreas yang merembeskan glukagon. |
alpha hydroxycitric acid | asid alfa hidroksisitrik | Herba | Pemiawaian | Salah satu daripada sebatian terbitan daripada asid sitrik. Contohnya, daun dan buah asam gelugur (Garcinia atroviridis) yang mengandungi sebatian ini yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan penurunan berat badan. |
alpha motor neuron | neuron motor alfa | Sains Sukan | Biomekanik | Sejenis neuron motor yang terdapat di saraf tunjang yang berfungsi menghubungkan sistem saraf pusat dengan otot ekstrafusal. |
alpha-aminolevulinic acid (ALA) dehydratase | asid alfa-aminolevulinik (ALA) dehidratase | Veterinar | Tiada | Tiada |
vitamin E | vitamin E | Herba | Tiada | Tokoferol, C29H50O2. Sebatian yang mempunyai lapan ahli dengan alfa tokoferol memiliki aktiviti biologi yang tinggi dan banyak terdapat dalam minyak tumbuhan. Vitamin ini berguna dalam proses fisiologi manusia. |
activity | keaktifan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci). |
secondary structure | struktur sekunder | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
radioisotopes | radioisotop | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Isotop yang bersifat radioaktif dan digunakan sebagai sumber radioaktif di pelbagai industri. Radioisotop mengeluarkan zarah seperti alfa, beta, dan neutron atau sinar elektromagnet seperti sinar gama. |