antibacterial | antibakteria | Herba | Tiada | Herba yang melawan dan memusnahkan bakteria. Contoh herba ini ialah selasih, kayu manis, cengkih, kayu putih, kunyit, alfalfa, chamomile (kamomil), parsli, pepermin, rubarb. |
antifungal | antikulat | Herba | Tiada | Agen yang melawan dan memusnahkan pelbagai kulat. Contoh herba ini ialah kayu manis, cengkih, bawang putih, kunyit, alfalfa (Medicago sativa), kava kava, parsli, St John's Wort dan taim. |
raw ingredient | bahan mentah | Perikanan | Akuakultur | Sumber bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan yang digunakan akan dicampur agar makanan yang lengkap dan seimbang dapat disediakan untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport, seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan. Sinonim bahan ramuan. |