Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau berbilang sel), kebanyakan­nya hidup di dlm air dan tumbuhan ini penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuh-tumbuhan paling ringkas yg terdapat klorofil di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixotrophic algaealga miksotrofikSains MarinTiadaKumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya.
algae bloomblum algaSains MarinTiadaPertumbuhan alga yang sangat pesat disebabkan oleh peningkatan kandungan nutrien yang tinggi, terutamanya nitrogen dan fosforus dalam sistem akuatik. Blum alga biasanya melibatkan satu atau beberapa spesies fitoplankton tertentu dan dapat dikenali melalui perubahan pada warna air disebabkan kepadatan sel berpigmen yang tinggi. Blum yang melibatkan alga bertoksin pula dikenali sebagai 'blum alga berbahaya'. Kejadian blum alga berbahaya menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut menerima kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. Contohnya, blum alga dinoflagelat yang dipanggil "kembangan merah".
algivorepemakan algaPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan utama daripada sumber alga. Contoh ikan pemakan alga ialah gamat, landak laut dan dengkis.
heterotrophic algaealga heterotrofikSains MarinTiadaKumpulan alga yang tidak berupaya menghasilkan makanannya sendiri, sebaliknya bergantung kepada bahan- bahan organik kompleks sebagai sumber nutrisi. Contohnya, sebahagian alga merah seperti Galdieria sulphuria. Banding alga autotrofik.
seaweedrumpai lautPerikananAkuakulturOrganisma seperti tumbuh-tumbuhan yang melekat pada batuan atau tempat keras dalam lautan dan menjadi tempat perlindungan serta makanan pelbagai organisma laut. Rumpai laut terbahagi kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu alga coklat, alga merah dan alga hijau. Rumpai laut juga sering dimakan oleh manusia, dijadikan bahan dalam produk kosmetik dan pelbagai produk lain kerana khasiatnya yang banyak.
autotrophic algaealga autotrofikSains MarinTiadaAlga yang dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan mensintesiskan bahan organik menggunakan sumber tenaga daripada matahari (fotosintesis) atau tenaga kimia (kemosintesis). Banding alga heterotrofik.
algaealgaSains MarinTiadaKumpulan tumbuhan paling ringkas yang terdiri daripada organisma satu sel atau berbilang sel dan kebanyakannya hidup di dalam air. Alga sangat penting dalam jaringan makanan sebagai penghasil primer. Alga mengandungi klorofil dan menjalani fotosintesis, tetapi berbeza dengan tumbuhan tinggi kerana tidak mempunyai batang, akar, daun dan tisu vaskular. Dinding sel biasanya mengandungi bahan berkapur (kalsium karbonat), silika, protein atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Contoh alga yang biasa ditemui ialah pelbagai spesies fitoplankton dan rumpai laut.
algaealgaPerikananAkuakulturSejenis tumbuhan akuatik seni yang mengandungi sel klorofil, tiada batang, akar dan daun. Secara saintifik, alga dikenali sebagai fitoplankton atau air hijau. Alga merupakan makanan awal larva ikan dan krustasea.
algal bloomledakan algaPerikananAkuakulturFenomena apabila berlakunya pertumbuhan alga secara mendadak dan mengakibatkan perubahan warna pada air kolam atau sungai.
red tidekembangan merahSains MarinTiadaFenomena blum alga dinoflagelat yang menyebabkan perairan pantai berwarna kemerahan. Keadaan ini dapat mengurangkan kandungan oksigen terlarut selain alga ini juga mengandungi toksin yang dapat menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut mengalami kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini.
123

Kembali ke atas