Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.fa.tik] | اليفاتيک

Definisi : (Kim) bkn sebatian organik yg mole­kul­nya terdiri drpd atom-atom karbon yg ter­susun lurus atau bercabang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.fa.tik] | اليفاتيک

Definisi : ist bkn sebatian organik yg molekulnya terdiri drpd atom karbon yg tersusun lurus atau bercabang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alifatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lipidlipidFizikNanoteknologiSebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol.
fixed oilminyak tetapHerbaTiadaSejenis kelas lipid yang terdiri daripada komponen ester gliserol dan asid lemak. Pada suhu bilik minyak tetap terdapat dalam bentuk cecair kuning yang tidak meruap, pekat dan likat. Minyak tetap yang berbentuk pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik disebut sebagai lemak. Asid lemak yang terdapat dalam minyak tetap mempunyai berat molekul tinggi jenis alifatik terutamanya palmitik, stearik dan oleik. Minyak tetap diperoleh melalui perahan atau pengekstrakan pelarut daripada suatu bahan herba. Minyak ini mempunyai nilai pemakanan dan digunakan sebagai bahan emolien dan demulsen dalam farmaseutikal dan kosmetik. Contohnya, minyak kelapa sawit diperoleh secara perahan daripada buah sawit.

Kembali ke atas