Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm minuman keras dll); 2. minuman keras; beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1 ist cecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg diperoleh drpd peraman gula (digunakan sbg pelarut dlm perusahaan ubat-ubatan dll). 2 minuman keras (yg terdapat alkohol 1 di dlmnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkohol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dehydration alcoholalkohol dehidrasiHerbaPemiawaianLihat alkohol mutlak.
alcohol dependencekebergantungan alkoholPerubatanPsikiatriPengambilan alkohol secara berterusan oleh individu sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal, seperti terketar-ketar, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan.
alcoholic fermentationpenapaian alkoholBiologiTiadaProses penghasilan alkohol, seperti etanol dan bir, dan karbon dioksida melalui penguraian gula oleh yis tanpa kehadiran oksigen.
alcoholic fermentationpenapaian alkoholKimiaTiadaProses penghasilan alkohol, seperti etanol dan bir, dan karbon dioksida melalui penguraian gula oleh yis tanpa kehadiran oksigen.
alcoholic psychosispsikosis alkoholPerubatanPsikiatriPsikosis yang disebabkan oleh ketagihan alkohol.
alcohol facilitated raperogol dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
alcohol facilitated sexual assaultserangan seksual dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahSerangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
tincturetinkturHerbaTiadaCecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik untuk suatu tempoh tertentu. Contohnya, tinktur ginseng.
tincturetinkturHerbaPemiawaianCecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik dalam tempoh tertentu. Contohnya, tinktur minyak nilam (Pogostemon cablin).
lipidlipidFizikNanoteknologiSebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol.
123456

Kembali ke atas