carbinol | karbinol | Kimia | Tiada | 1. Alkohol primer dengan formula am RCH2OH.,2. Radikal CH2OH alkohol primer.,3. Alkohol yang diterbitkan daripada metanol. |
calciferol | kalsiferol | Kimia | Tiada | 1. Alkohol tak tepu, vitamin D2, yang boleh dibuat dengan penyinaran ultralembayung ke atas ergosterol, terdapat dalam minyak hati ikan, kuning telur, susu dan lain-lain, mengawal aras kalsium dan fosforus dalam tubuh. |
phenylallyl alcohol, 1- | 1-fenilalil alkohol | Kimia | Tiada | Tiada |
glycol | glikol | Kimia | Tiada | 1. Sebatian alkohol dihidrik dengan kedua-dua kumpulan hidroksil, _OH, trikat pada karbon bersebelahan. 2. Alkohol dihidrik, formula CH2-OHCH2OH, takat beku –13.5oC, takat didih 197oC yang wujud sebagai cecair likat, jernih, tidak berwarna, tidak berbau, berasa manis, beracun, dan larut di dalam air, alkohol dan aseton. Cecair ini disediakan secara pengoksidan udara etilena diikuti dengan penghidratan etilena oksida yang terbentuk. Glikol digunakan sebagai bahan pendingin, pelarut, dan bahan antisejuk beku. Nama bersistemnya ialah etilena glikol. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
diol | diol | Kejuruteraan | Polimer | Akronim kepada alkohol dihidrik, iaitu sejenis alkohol yang mempunyai dua kumpulan hidroksil (HO-R-OH). Contoh diol yang kerap digunakan dalam pempolimeran poliester ialah etilena glikol, HOCH2CH2OH, dan 1, 5-pentanadiol, HO(CH2)5OH. |
1-pentene | 1-pentena | Kimia | Tiada | Alkena, formula CH3CH2CH2CH=CH2, takat beku ‒165°C, takat didih 30°C, cecair tak berwarna, mudah terbakar, larut di dalam alkohol tetapi tak larut di dalam air. Sebatian ini diperoleh daripada petrol asli dan digunakan dalam sintesis organik. |
prolamine | prolamina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kelas makanan protein terutamanya dalam biji-bijirin, tidak larut dalam air dan alkohol mutlak, tetapi larut dalam 70% alkohol. |
Sachs-Georgi�s test | ujian Sachs-Georgi | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan penyakit sifilis. Ujian ini dilakukan dengan memendakkan 1 ml ekstrak alkohol berkolesterol daripada jantung manusia atau lembu (1 bahagian) dan 0.9% larutan natrium klorida (9 bahagian) dengan 0.3 ml serum bersifilis. |
1. moistening agent 2. moisturising agent | agen pelembap | Farmasi | Farmaseutik | 1. Bahan yang digunakan dalam proses penggranulan basah untuk pengeluaran tablet. Biasanya terdiri daripada air atau alkohol. 2. Bahan campuran dalam rumusan topikal bagi tujuan melembapkan kulit.
|