nanosized grain | butiran bersaiz nano | Fizik | Nanoteknologi | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |
alloy | aloi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran logam hasil daripada adunan satu logam dengan satu logam lain atau lebih. Campuran ini mempunyai ciri yang tersendiri, berlainan daripada sifat logam yang asal. |
chrome | krom | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya. |
chrome | krom | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya. |
rim | rim | Sukan | Lumba Basikal | Bingkai aloi atau logam lain,tempat memasang tayar basikal. |
German silver | perak Jerman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Besi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur. |
patina | patina | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik. |
amalgam | amalgam | Kimia | Kimia Analisis | Hasil tindak balas logam tertentu dengan raksa berupa aloi. |
amalgamation | pencantuman; penyatuan; penggabungan | Kimia | Tiada | 3. Pengamalgamatan: Tindak balas logam dengan raksa yang menghasilkan aloi amalgam. |
aluminium cylinder block | blok silinder aluminium | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Blok silinder yang diperbuat melalui penuangan aloi aluminium. Blok ini biasanya dipasang dengan pelapik besi tuangan yang bertindak bagi membentuk gerek silinder. |