Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.a.lu] | الو٢

Definisi : sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alu-alu

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
great barracudaalu-aluPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang.
great barracudakacang-kacangPerikananTiadaLihat alu-alu.
alu familyfamili AluBiologiGenetikSatu set jujukan DNA berkaitan yang bertaburan dalam genom manusia dan mengandungi tapak pengenalan bagi enzim pembatasan Alu.
mortar and pestlealu dan lesungHerbaTiadaSepasang peralatan yang digunakan untuk mengisar dan mencampurkan bahan pepejal atau separa pepejal herba. Alu ialah alat penumbuk atau pengisar manakala lesung merupakan bekas seperti mangkuk. Alu dan lesung biasanya dibuat daripada bahan seperti tembikar, marmar atau kaca.
ALU (arithmetic logic unit)ALU (unit aritmetik logik)Teknologi MaklumatTiadaBahagian unit pemprosesan pusat(CPU) yang mengendalikan operasi aritmetik dan perbandingan bagi sesebuah komputer digital.
welcoming addressucapan alu-aluanKomunikasiKorporatLihat kata alu-aluan (1).
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
arithmetic logic unit (ALU)unit aritmetik logikTeknologi MaklumatTiadaUnit aritmetik dan logik adalah litar digit yang merupakan komponen utama di dalam unit pemprosesan pusat (CPU). Fungsi ALU adalah untuk melaksanakan operasi aritmetik integer seperti menambah, mendarab, membahagi dan pengurangan. Manakala operasi logik adalah seperti DAN, ATAU, TAK dan X-ATAU.
hand poundingpenumbukan; menumbukPentadbiran PerniagaanTiadaMenumbuk: Memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.,Penumbukan: Perihal menumbuk atau proses memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.
pestlealuPerubatanTiadaAlat berbentuk lonjong, biasanya daripada kaca atau porselain, digunakan untuk mengisar atau mencampur sediaan farmasi dalam lesung.
12

Kembali ke atas