Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.nan] | الونن

Definisi : 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang me­nye­bab­kan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu.nan] | الونن

Definisi : 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ground swellalunan ombak besarSains MarinTiadaFenomena atau keadaan air laut yang berombak besar, beralun dan bergelombang tinggi di laut disebabkan angin kencang atau berpunca daripada gangguan seismik. Ombak berlaku apabila angin bertiup dalam jangka masa lama di permukaan air. Lima faktor yang mempengaruhi penghasilan alunan ini ialah kelajuan, tempoh, ketinggian, panjang dan masa gelombang.
rhythmiramaKesusasteraanPuisiAlunan yang timbul daripada pengulangan dan penggantian kesatuan bunyi dalam alun panjang pendek, keras lembut dan tekanan tinggi rendah nada dalam puisi.
common rhythmirama lazimKesusasteraanPuisiAlunan yang biasanya muncul kesan daripada pengulangan dan penggantian kesatuan bunyi, tinggi atau rendah nada dan juga keras atau lembut sesuatu tekanan.

Kembali ke atas