hexastich | sadbaris | Kesusasteraan | Puisi | Rangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja. |
ephemeral erosion | hakisan efemeral | Herba | Tiada | Sejenis hakisan yang menyebabkan tanah ladang herba menjadi haus akibat aliran air dan membentuk alur sementara atau bermusim. Alur hakisan efemeral lebih lebar, dalam dan panjang daripada alur hakisan gegalur, tetapi lebih cetek dan kecil daripada alur hakisan galur. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
low energy electron diffraction (LEED) | pembelauan elektron tenaga rendah (LEED) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan struktur permukaan bahan berhablur tunggal melalui pembedilan alur kolimat (alur cahaya selari) elektron tenaga rendah. |
double beam spectrophotometer | spektrofotometer dua alur | Kimia | Kimia Analisis | Spektrofotometer yang mempunyai dua alur cahaya yang berasal daripada satu sumber yang dipecahkan kepada dua. Satu litar fotoelektrik digunakan untuk mengukur perbezaan serapan apabila dua alur cahaya tadi melalui suatu medium yang sama. |
beam spread angle | sudut serak alur | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sudut serakan alur bunyi (θ ) yang terhasil apabila gelombang bunyi bergerak melalui sesuatu medium selepas melalui jarak medan jauh. Sudut serakan alur (θ) boleh diukur dengan menggunakan formula berikut: sin (θ/2) = kλ/D, Dengan k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah garis pusat prob. k bersamaan dengan 1.22 bagi capahan paling besar, 1.08 bagi penurunan 20 dB dan 0.56 bagi penurunan 6 dB. |
electron gun | senapang elektron | Fizik | Nanoteknologi | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |
suction line | talian sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tiub yang terdapat dalam sistem penyaman udara, yang menyambungkan alur keluar penyejat dengan alur masuk pemampat. Wap bahan pendingin bertekanan rendah mengalir melalui tiub tersebut. |
guide matrix | matriks pandu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat elektronik yang mengawal secara automatik lampu hadapan, dengan menukar alur tinggi atau alur rendah. |
drawer runner | alur laci | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alur yang diperbuat daripada kayu atau logam, yang biasanya diletakkan di sisi laci supaya mudah digerakkan dan boleh ditarik atau disorong keluar-masuk oleh pengguna. |
convergent beam | alur tumpu | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan. |