Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: baha­gia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan ama­nah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mah­kamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menen­tu­kan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (me­nye­rah­kan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakho­da Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tinda­kan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amanah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
life insurance trustamanah insurans hayatinsuransTiadaPolisi insurans hayat yang menamakan syarikat amanah sebagai waris dan mengagihkan prosid daripada polisi tersebut mengikut syarat perjanjian amanah.
blind trustamanah butaPentadbiranTiadaSatu bentuk amanah yang diberikan untuk menjaga pelaburan seseorang, tanpa orang itu mengetahui bagaimana wang mereka dilaburkan.
criminal breach of trustpecah amanah jenayahKriminologiKeadilan JenayahTindakan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak yang memegang amanah terhadap sesuatu harta atau kawalan terhadap harta tersebut untuk kepentingan diri sendiri.
trustamanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
fiduciaryamanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
trusteepemegang amanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bare trustamanah namaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bare trustamanah namaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
trust propertyharta amanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
investment unit trustunit amanah pelaburanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12

Kembali ke atas