safety alert | amaran keselamatan | Pengurusan | Tiada | Amaran keselamatan yang dikeluarkan apabila terdapat isu keselamatan atau kemalangan untuk tindakan bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. |
stall warning | amaran pegun | Aeroangkasa | Tiada | Satu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku. |
early warning aircraft | pesawat udara amaran awal | Aeroangkasa | Tiada | Pesawat udara khas yang boleh memberi amaran awal apabila bersua dengan pesawat udara yang tidak dikenali. Contohnya pesawat udara AWACS. Kepak yang berengsel dan dipisahkan dari sayap oleh alur, yang digunakan untuk meningkatkan daya angkat dan seterusnya mengurangkan laju pegun pesawat udara. Kebolehan pesawat udara melakukan operasi berlepas. |
information alert | amaran maklumat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pelaporan yang kena pada masanya dan mungkin menunjukkan berlakunya peristiwa sekuriti nuklear yang memerlukan penilaian. Amaran maklumat ini datang daripada pelbagai sumber seperti aduan awam, maklumat operasi dan risikan, pemeriksaan kesihatan, ketidakselarasan perakaunan dan pengirim/penerima, dan pemantauan sempadan. |
oil pressure indicator | penunjuk tekanan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penunjuk pada papan pemuka yang memberi panduan dan amaran kepada pemandu berkenaan tentang keadaan tekanan minyak pelincir. Penunjuk ini boleh berupa sama ada lampu amaran, tolok elektronik, paparan graf bar atau digital. Tekanan minyak biasanya dalam julat 100 kPa hingga 520 kPa yang dijanakan oleh pam minyak untuk mengalirkan minyak dalam sistem pelinciran. Apabila tekanan minyak terlalu rendah, lampu amaran akan menyala. |
warning | amaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Peringatan secara lisan atau bertulis untuk memaklumkan kepada pengguna tentang kemungkinan kesan mudarat akibat penggunaan produk. |
early warning | amaran awal | Kesihatan Awam | Tiada | Kaedah pemberitahuan atau notis awal mengenai sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. |
aura | aura | Kejururawatan | Tiada | Amaran sebelum serangan epilepsi dan migrain. Contoh, aura epilepsi mungkin terdiri daripada halusinasi, olfaktori, penglihatan, auditori atau cita rasa. |
combination valve | injap gabungan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang digunakan pada lampu amaran brek, yang digabungkan dengan injap perkadaran atau injap permeteran. |
temperature indicator | penunjuk suhu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tolok suhu yang menggunakan lampu amaran. |