intensity | keamatan | Kesusasteraan | Puisi | Keadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti. |
agoraphobia | agorafobia | Perubatan | Psikiatri | Perasaan takut yang amat sangat terhadap tempat-tempat yang luas atau lapang. |
anticipatory grief | pilu duga | Kejururawatan | Tiada | Perasaan sedih yang amat sangat yang ditanggung oleh pesakit atau keluarganya kerana akan kehilangan sesuatu. Contohnya kehilangan anggota badan atau menghadapi kematian. |
prurigo | prurigo | Herba | Fitoterapi | Meletusnya permukaan kulit yang menyebabkan kegatalan yang amat sangat. Contohnya, gigitan serangga dan tindak balas terhadap sebarang alahan. |
passion | ghairah; nyala rasa | Kesusasteraan | Puisi | Perasaan yang diungkapkan oleh penyairnya. Umpamanya perasaan cinta, kasih sayang dan rindu dendam yang amat sangat. |
gout | gout | Herba | Fitoterapi | Penyakit radang sendi disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah dan dicirikan oleh kesakitan yang amat sangat. |
aggravated assault | amang teruk | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan yang teruk, yang tidak melibatkan sentuhan fizikal. Serangan ini termasuklah percubaan memukul, atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan yang amat sangat kepada mangsa. |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi. |
antibody-conjugated silica nanoparticle | antibodi berkonjugat nanozarah silika | Fizik | Nanoteknologi | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |