Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hamparan, permaidani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambal I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rugambalKesenianHiasan DalamanHamparan lembut, tebal, yang tidak melekat pada lantai serta tidak menutupi keseluruhan ruang rumah. Hamparan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan hiasannya diperbuat daripada kulit binatang yang diawet. Contohnya ambal beruang, ambal harimau atau ambal kambing biri- biri. Lazimnya, ambal dianggap lebih bernilai berbanding permaidani.
area rugambal ruangKesenianHiasan DalamanAmbal yang mempunyai ukuran lebih kecil daripada keluasan permaidani di dalam sesebuah bilik. Lihat juga ambal.
palmettesebai palmaKesenianHiasan DalamanMotif dalam seni hiasan yang menyerupai daun berbentuk kipas pada daun pokok palma, yang biasanya digunakan pada ambal, karpet Parsi, kumai timbul dan tiang. Hiasan ini dapat dilihat secara meluas terutamanya pada seni bina Yunani.
acrylic fibergentian akrilikKesenianHiasan DalamanGentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan.
paddingbahan padKesenianHiasan DalamanBahan berkusyen yang diperbuat daripada bulu biri-biri, jut, getah, buih plastik atau bahan yang boleh menganjal. Bahan ini digunakan sebagai bahan lapis permaidani atau ambal, juga dikenali sebagai kusyen atau alas.
Persian carpetpermaidani ParsiKesenianHiasan DalamanPermaidani yang dianggap penting dalam seni dan budaya Parsi kerana tenunannya merupakan suatu kemahiran terulung dalam seni dan budaya Parsi. Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pengkaji, seni tenunan ini telah bermula sejak zaman Parsi purba. Permaidani Parsi terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Farsh/Qalii' (ukuran melebihi 6'0'x 4'0') 2. Qalicheh (ukuran tidak melebihi 6'0' x 4'0') 3. Kilim(permaidani nomad, termasuklah Zilu yang bermaksud permaidani kasar). Sinonim 'ambal parsi'.

Kembali ke atas