ambient sensor | penderia ambien | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Termistor yang digunakan untuk mengesan suhu udara ambien. |
ambient switch | suis ambien | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang digerakkan oleh perubahan suhu udara ambien |
ambient visual system | sistem visual ambien | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut. |
ambient air | udara ambien | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Udara yang mengelilingi objek atau alat peranti elektrik. |
ambient temperature | suhu ambien | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suhu udara dalam �C atau �F yang mengelilingi objek atau alat elektrik. |
ambient temperature | suhu ambien | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | - |
ambient temperature | suhu ambien | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Suhu medium seperti gas dan cecair yang mengelilingi dan bersentuhan dengan sistem atau radas. |
primary pollutant | primer bahan cemar | Kejuruteraan | Tiada | Bahan cemar berbahaya di udara ambien dalam bentuk kimia asal semasa dilepaskan, contohnya sulfur dioksida, oksida nitrogen dan sebagainya. |
volumetric efficiency | kecekapan isi padu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | keupayaan menyedut udara bagi sesebuah enjin yang diungkapkan sebagai nisbah isi padu sebenar udara ambien yang disedut kepada isi padu silinder enjin. Kecekapan isi padu boleh dikira dalam kiraan peratus jisim atau isi padu. Dalam operasi enjin yang tipikal, kecekapan isi padu menjadi tinggi pada kelajuan enjin rendah dan berkurangan apabila kelajuan enjin bertambah. Walau bagaimanapun, kecekapan isi padu boleh ditingkatkan melebihi 100% melalui penggunaan pengecas turbo dan pengecas lampau. Lihat juga interpendingin. |