Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.min.a.min] | امين٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, Phyllanthus niruri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amin-amin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial rhymerima tak sempurnaKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.
dependencykebergantunganSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein.

Kembali ke atas