amorphous | amorfus | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan pepejal yang bukan habluran atau tidak dapat membentuk hablur. Sebatian amorfus tidak mempunyai takat lebur yang tertentu, tetapi beransur-ansur menjadi lembut dan seterusnya menjadi cecair apabila dipanaskan. misalnya, jelaga dan kaca. |
amorphous | amorfus | Farmasi | Farmaseutik | Pepejal yang susunan atomnya rawak dan tidak mempunyai bentuk tertentu. Banding berhablur. |
amorphous | amorfus | Perubatan | Tiada | Tidak mempunyai bentuk yang tertentu. Dalam bidang farmasi, istilah ini merujuk pada bahan-bahan yang tidak dapat membentuk hablur. |
amorphous | amorfus | Kejuruteraan | Polimer | 1 Polimer yang tidak boleh menghablur dan biasanya bersifat lut sinar. Misalnya, polistirena. 2. Sifat polimer yang tidak boleh menghablur. |
amorphous | amorf; amorfus | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
amorphous region | bahagian amorfus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian molekul selulosa pada dinding mikrofibril yang tidak tersusun secara selari dan mempunyai jarak yang berbeza. Bahagian ini mudah ditembusi dan mudah bertindak balas dengan bahan kimia. |
degree of amorphous fraction | darjah pecahan amorfus | Kimia | Tiada | Tiada |
garnierite | garnierit | Geologi | Tiada | Mineral amorfus hijau yang mengandungi nikel magnesium silikat terhidrat, dan merupakan sumber nikel. |
garnierite | garnierit | Kimia | Tiada | Mineral amorfus hijau yang mengandungi nikel magnesium silikat terhidrat, dan merupakan sumber nikel. |
guanine | guanina | Kimia | Biokimia | Serbuk amorfus yang tidak larut di dalam air dan alkohol, larut di dalam asid dan alkali, dan terdapat di dalam tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebagai juzuk asid nukleik. Bahan ini merupakan sumber biasa bagi guanina, termasuk guano, bit-gula, yis, biji cengkih dan sisik ikan, dan digunakan dalam persolekan. |