Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pli.tud] | امڤليتود

Definisi : (Fiz) nilai mutlak maksimum yg dicapai oleh sesuatu gangguan pd gelombang atau mana-mana kuantiti yg berubah meng­ikut kala tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pli.tud] | امڤليتود

Definisi : ist takat maksimum atau takat yg paling jauh dr titik keseimbangan pd getaran atau ayunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amplitud


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Distance Amplitude Correction Curve (DAC)lengkung pembetulan jarak amplitudTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGraf lengkungan yang dibina untuk menghubungkaitkan antara jarak dan amplitud sesuatu isyarat ultrasonik. Lengkungini didapati dari blok standard yang mempunyai siri pemantul bersaiz sama tetapi berbeza kedalaman daripada permukaan. Keadaan ini ditunjukkan apabila prob diletakkan pada bahan uji, isyarat penunjuk dari ketakselanjaran akan muncul pada kawasan lengkung tersebut. Keputusan perlu dibuat sama ada isyarat ini boleh diterima atau ditolak berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam kod, standard, atau spesifikasi yang ditentukan.
distance amplitude blockblok amplitud jarakTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat sama, tetapi berbeza kedalaman. Blok ini digunakan untuk membina lengkung pembetulan jarak amplitud (DAC).
area amplitude blockblok amplitud luasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat berbeza, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Blok ini digunakan untuk menentukan hubungan antara saiz ketakselanjaran dan amplitud isyarat dengan membandingkan respons isyarat bagi saiz lubang yang berbeza. Blok ini mengandungi lubang gerudi bertapak rata dengan diameter yang berbeza-beza, tetapi pada kedalaman yang sama.
atomic scattering factorfaktor serakan atomNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPengukuran serakan amplitud gelombang oleh atom terpencil iaitu atom yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan atom lain. Faktor serakan bergantung pada jenis amplitud serakan oleh atom, pada sudut Bragg dan jenis sinaran yang terlibat biasanya ialah sinar-X, elektron atau neutron.
pulse echo techniqueteknik gema denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik ujian ultrasonik yang menunjukkan amplitud denyutan dipaparkan pada layar peralatan ultrasonik. Paksi menegak menunjukkan amplitud isyarat, manakala paksi mendatar menunjukkan masa transit perjalanan bunyi dalam bahan. Sinonim teknik pantulan denyut. Lihat juga Imbas-A.
convergence amplitudeamplitud konvergensSains KesihatanTiadaSudut maksimum yang terhasil apabila dua mata bergerak ke titik dekat konvergens.
amplitude of accommodationamplitud akomodasiSains KesihatanTiadaNilai maksimum kuasa akomodasi.
discriminatordiskriminatorKimiaKimia Analisis1. Peranti yang menghasilkan perubahan amplitud sebagai gerak balas terhadap perubahan frekuensi atau fasa isyarat. 2. Litar yang outputnya bergantung kepada bagaimana isyarat input berbeza dalam beberapa aspek, daripada isyarat piawai atau isyarat yang lain.
spectral analysisanalisis spekturmEkonomiTiadaTeknik ekonometrik tentang pemisahan dan penganggaran amplitud dan tempoh komponen kitaran dalam agregat siri masa. Analisis ini juga digunakan untuk memisahkan kesan faktor rawak daripada komponen sistematik dalam siri masa.
nystagmusnistagmusSains KesihatanTiadaPergerakan seragam dua mata yang berulangan dan di luar kawal dengan kepelbagaian arah, amplitud dan frekuensinya.
12

Kembali ke atas