Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak;

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suckling periodtempoh menyusuVeterinarTiadaJangka masa anak haiwan menyusu. Contohnya, anak kambing atau anak lembu pedaging menyusu selama tiga bulan selepas ibunya melahirkan anak. Anak lembu dan kambing tenusu pula diberi tempoh selama 3-7 hari untuk menyusu sebelum dipisahkan daripada ibunya.
الإحتضانpenjagaan anakAgama IslamFiqhHak jagaan anak-anak yang belum mencapai umur akil baligh.
living childrenanak-anak yang hidupSosiologiTiadaTiada
pinnatepinatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun pada satu rakis. Contohnya, daun cermai (Phyllanthus acidus) dan daun dukung anak (Phyllanthus niruri).
progenyprogeniHerbaBotani dan BioteknologiAnak-anak yang terhasil melalui pembiakan induk tumbuhan.
birth orderurutan kelahiranSosiologiTiadaUrutan kelahiran anak-anak di dalam sesuatu keluarga yang dapat dilihat daripada umur relatif mereka.
bareboat chartercarter kapal kosongPelayaranTiadaPenyewaan kapal tanpa anak-anak kapal atau kelengkapan, yang penyewa perlu sediakan semuanya termasuk pembaikan.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiada1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
empty nest syndromesindrom sarang kosongSosiologiTiadaSatu keadaan yang terjadi apabila anak-anak meninggalkan keluarga setelah mencapai umur dewasa.
family takaful plan for educationpelan takaful keluarga untuk pelajaranEkonomiEkonomi IslamPelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital.
12345678910...

Kembali ke atas