Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sungai yg kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : cabang kpd sungai yg lebih besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak sungai

Puisi
 

Anak punai anak merbah,
     Terbang bersama membuat sarang;
Anak sungai lagi berubah,
     Inikan pula hati orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai pancang digoncang arus.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.
incremental repetitionulangan meningkatKesusasteraanPuisiPerulangan bahasa yang dilakukan beberapa kali oleh penyair. Perulangan ini termasuklah perkataan, suku kata, frasa, pola, irama dan baris. Tujuannya untuk rneningkatkan kesan tema dan persoalannya. Contohnya, puisi "Kambing Hitam" karya Usman Awang. merah senja ibu kota merah wama jalan raya merah air Sungai Klang merah baju si anak malang menteri demi menteri di TV-demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja , di mana saja pemabuk politik-ganja -taridra 13 Mei.

Kembali ke atas