Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunga wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ideal educational endowmentendowmen pendidikan unggulPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati.
haqqhakPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu, entiti atau jawatan. Kekuasaan ini diberi oleh individu terhadap individu tertentu atau harta tertentu. Contoh kekuasaan bagi individu terhadap individu tertentu ialah hak penguasaan (wilayah) ibu bapa terhadap pendidikan anak-anaknya dan hak perwalian dalam perkahwinan. Contoh kekuasaan individu terhadap harta tertentu ialah hak pemilikan (haqq milkiyyah) dalam kes pemunyaan suatu harta, hak menikmati barang sewaan (haqq intifa‘), hak memiliki (haqq tamalluk) dalam kes hak shuf‘ah, hak penguasaan terhadap harta (haqq wilayah ‘ala mal) dalam kes pentadbiran harta anak-anak yang masih kecil oleh penjaga atau ibu bapanya atau kes pengurusan harta anak yatim. Contohnya, dalam jual beli, penjual berhak mendapatkan wang daripada pembeli dan pembeli berhak mengembalikan barangan yang dibeli sekiranya didapati rosak setelah diterima daripada penjual. Sinonim sultah, haqq intifa‘,haqq milkiyyah, haqq wilayah ‘ala mal.
nama’berkembangPerniagaan IslamTiadaSifat bagi harta yang berpotensi untuk berkembang dari segi fizikal, keuntungan dan faedah. Contoh fizikal ialah haiwan yang menghasilkan anak dan susu, keuntungan seperti dalam jual beli, dan faedah seperti wang yang boleh dilaburkan. Dalam taksiran zakat perniagaan, harta perniagaan yang mempunyai sifat berkembang tertakluk kepada taksiran zakat.
Islamic Insurance Company Malaysia LimitedSyarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)EkonomiEkonomi IslamSyarikat pengendali takaful yang pertama di Asia dan memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 berasaskan kepada Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang memegang 51 peratus daripada sahamnya. Prinsip asas operasi syarikat ini ialah takaful dan mudarabah. Berdasarkan prinsip takaful, syarikat memperuntukkan sebahagian tertentu daripada wang caruman peserta sebagai pembayaran manfaat atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana. Berdasarkan prinsip mudarabah, pihak syarikat melaburkan sebahagian lagi wang caruman peserta untuk mendapatkan keuntungan yang dikongsi bersama peserta mengikut peratus yang telah ditetapkan. Syarikat ini menjalankan perniagaan pelan takaful keluarga dan skim takaful am tanpa menggunakan sistem ejen.
punishmentdendaanPsikologiPsikologi UmumSebarang tindakan yang dikenakan terhadap individu dengan tujuan untuk mengurangi tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh bersifat positif atau negatif bergantung pada kaedah yang diberikan dan tidak dikaitkan sama ada baik atau tidak baik. Kaedah dendaan dianggap positif jika aplikasi rangsangan yang tidak menyenangkan boleh mengurangi tingkah laku. Contohnya, anak yang nakal akan dirotan. Dendaan dianggap negatif jika penarikan rangsangan yang menyenangkan itu boleh mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, anak yang ponteng sekolah tidak akan diberikan wang saku.

Kembali ke atas