Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pelakon (wayang, bangsawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gendang anak (Mal)gendang anakKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat.
gendang tingkah (Mal)gendang tingkahKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit kelantan, main puteri dan silat. Sinonim dengan istilah gendang anak.
mahabharatamahabharataMuzikTiada

 Epik dari India yang telah dibawa ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan perluasan pengaruh India. Cerita asasnya tentang pewarisan takhta keturunan Bharata. Klimaks epik ini merupakan perang merebut takhta antara dua keluarga, iaitu Korawa dan Pandawa yang akhirnya perang dimenangi oleh keluarga Pandawa. Epik ini telah diadaptasikan sebagai cerita asas dalam wayang kulit, wayang orang dan dramatari di Bali dan Jawa. Di Jawa, watak Mahabharata yang popular termasuklah adik-beradik Pandawa, iaitu Arjuna yang mahir dalam muzik dan tarian serta Bima yang mahir berperang. Srikandi dan Sumbadra merupakan isteri Arjuna yang popular. Anak Bima, iaitu Gatutkaca dan anak Arjuna, iaitu Abimanyu ialah watak penting. Kresna ialah penasihat kepada Arjuna dan Bima.

gedumbakgedumbakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gedumbak ialah dram berbentuk piala. Dram ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Alat muzik ini ditiunkan dengan menggunakan baji kayu kecil yang akan menegangkan tali rotan tersebut. Gedumbak dipukul dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka atau menutup bahagian hujung dram tersebut. Gedumbak terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz kecil dikenali sebagai gedumbak anak dan saiz besar dikenali sebagai gedumbak ibu. Kedua-dua gedumbak ini dimainkan secara bertingkah-tingkah dalam ensembel wayang kulit Kelantan, wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai tab di Thailand, skor arakk di Kemboja dan tombak, darbuka atau darabukka di Timur Tengah. Lihat juga darabukka.

gedukgedukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Geduk ialah dram berbentuk tong pendek. Geduk mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan pelekat dan pancang kayu. Geduk diletakkan secara menegak dengan menggunakan dua batang kayu dan dipukul dengan sepasang kayu kecil. Geduk terdapat dalam dua saiz, iaitu geduk anak yang bersaiz kecil dan geduk ibu bersaiz besar. Geduk dimainkan dalam ensembel wayang kulit Kelantan bagi mengiringi muzik perang dan pergerakan watak kasar. Di utara Semenanjung Malaysia, geduk dimainkan dalam ensembel wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai klong di Thailand dan skor thomm di Kemboja.

gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.

serunaiserunaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai saiz, iaitu saiz besar yang dikenali sebagai serunai ibu, sementara serunai saiz kecil dikenali sebagai serunai anak. Di pantai barat Semenan­jung pula, serunainya agak pendek sedikit dan mempunyai bahagian loceng yang diperbuat daripada logam. Serunai menghasilkan melodi berbunga dalam lagu wayang kulit Kelantan, gendang silat, main puteri, nobat, gendang tarinai dan mekmulung.


Kembali ke atas