Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pelakon (wayang, bangsawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gendang anak (Mal)gendang anakKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat.
gendang tingkah (Mal)gendang tingkahKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit kelantan, main puteri dan silat. Sinonim dengan istilah gendang anak.
gedumbakgedumbakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gedumbak ialah dram berbentuk piala. Dram ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Alat muzik ini ditiunkan dengan menggunakan baji kayu kecil yang akan menegangkan tali rotan tersebut. Gedumbak dipukul dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka atau menutup bahagian hujung dram tersebut. Gedumbak terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz kecil dikenali sebagai gedumbak anak dan saiz besar dikenali sebagai gedumbak ibu. Kedua-dua gedumbak ini dimainkan secara bertingkah-tingkah dalam ensembel wayang kulit Kelantan, wayang gedek dan menora.

gedukgedukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Geduk ialah dram berbentuk tong pendek. Geduk mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan pelekat dan pancang kayu. Geduk diletakkan secara menegak dengan menggunakan dua batang kayu dan dipukul dengan sepasang kayu kecil. Geduk terdapat dalam dua saiz, iaitu geduk anak yang bersaiz kecil dan geduk ibu bersaiz besar. Geduk dimainkan dalam ensembel wayang kulit Kelantan bagi mengiringi muzik perang dan pergerakan watak kasar. Di utara Semenanjung Malaysia, geduk dimainkan dalam ensembel wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai klong di Thailand dan skor thomm di Kemboj

gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.


Kembali ke atas