lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
empty nest syndrome | sindrom sarang kosong | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu keadaan yang terjadi apabila anak-anak meninggalkan keluarga setelah mencapai umur dewasa. |
ideal educational endowment | endowmen pendidikan unggul | insurans | Tiada | Polisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati. |
plant parent | pemelihara tumbuhan | Umum | Tiada | Seseorang yang menjaga atau merawat tumbuhan, mirip seperti peranan ibu bapa dalam menguruskan anak-anak. |
community empowerment | pemerkasaan komuniti | Psikologi | Tiada | Proses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat. |
piracy | pelanunan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang berkaitan dengan serangan atau rompakan ke atas kapal di lautan. Tindakan ini termasuklah rampasan kapal, mencuri muatan dan anak-anak kapal yang dijadikan tebusan. |
captive insurer | insurer kaptif | insurans | Tiada | Syarikat insurans yang ditubuhkan atau dimiliki oleh sesebuah organisasi dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada risiko yang berkaitan dengan organisasi tersebut dan anak-anak syarikatnya. |
subsistance allowance | elaun sara diri | Ekonomi | Tiada | Sebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak. |
inequality | ketaksamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan. |
political socialization | pemasyarakatan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan. |