Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.be.ra.na/] | انق-برانق

Definisi : 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-beranak

Puisi
 

Ke Badam sudah ke Muar belum,
     Anak beranak mengambil angin;
Temu sudah kupandang belum,
     Ibarat gambar dalam cermin.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tebu setuntung jadi separak.

Bermaksud :

Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kidding percentageperatus beranak kaprinPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPengiraan bilangan anak kambing yang dilahirkan oleh seekor kambing betina pada setiap tahun. Peratus beranak dikira berasaskan pada jumlah bilangan anak yang dilahirkan dan dibahagikan dengan jumlah bilangan beranak setahun.

Kembali ke atas