Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.kro.nis.me] | اناکرونيسمى

Definisi : 1. seseorang (sesuatu) yg ke­ting­­galan zaman; 2. kesilapan menempat­kan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dll pd zaman yg sebenarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anakronisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anachronismanakronismeKesusasteraanTiadaKehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun.
anachronismanakronismeKesusasteraanTiadaKehadiran watak, peristiwa, objek, latar atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang sebenar.

Kembali ke atas