digitization | pendigitan | Komputer | Tiada | 1. Proses menukarkan ukuran analog suatu pemboleh ubah jasmani atau suatu isyarat analog kepada bentuk digital. 2. Proses memberikan nilai digital kepada aksara atau perkataan mengikut peraturan tertentu. |
quantization | pengkuantaman | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penukaran isyarat analog kepada isyarat digit, dengan langkah di antara aras-aras tertentu. Sinonim: pendigitan [KC],supaya perubahan-perubahan infinitesimal yang berterusan dielakkan. [KM],3. Pembahagian amplitud gelombang kepada sebilangan terhad amplitud-amplitud terhingga. [KM] |
phase | fasa | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam gelombang isyarat analog, fasa ialah perbezaan di antara dua gelombang. Fasa juga ditakrifkan sebagai ‘hubungan masa di antara dua isyarat’ pada paksi mendatar atau paksi masa. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah sama, kedua-dua isyarat dikatakan “dalam fasa”, dan amplitudnya akan bertambah. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah berbeza maka situasi ini dikatakan sebagai “keluar dari fasa” dan amplitudnya berkurangan. Keadaan ini meninggalkan kesan yang merumitkan dalam akustik. 2. Dalam pembangunan multimedia, fasa merujuk kepada satu peringkat pembangunan tersebut. Contohnya fasa penyediaan papan cerita. |

phase jitter | ketaran fasa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kerosakan talian analog yang disebabkan oleh peralatan komunikasi dan kuasa di sepanjang talian itu, yang menganjak hubungan fasa isyarat ke depan dan ke belakang.,2. Herotan fasa puncak-ke-puncak bagi isyarat pembawa yang dihantar. |
resolver | penyelesai; pelerai | Kejuruteraan | Tiada | 1. Radas yang saling menukar koordinat kutub kepada koordinat Cartesian. Sinonim penjana sinus-kosinus; penyelesai segerak; penyelesai sudut.,2. Peranti yang menerima masukan analog bernilai vektor tunggal dan menghasilkan keluaran isyarat analog atau digit yang berkadar dengan dua atau tiga komponen ortogonal vektor itu. Sinonim: penyelesai vektor.,3. Bahagian kecil storan, terutamanya pada storan gelendong, pita atau cakera, yang mempunyai capaian yang lebih pantas berbanding dengan bahagian lain storan itu. |
conversion time | masa penukaran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Masa yang diperlukan oleh komputer untuk membaca semua digit pada kata terkod yang diberi.,2. Masa yang diperlukan untuk penukaran atau pengukuran sepenuhnya oleh penukaran analog-ke-digit, bermula dari keadaan yang terset semula.,3. Masa yang diperlukan untuk penukar analog-digit untuk mendigit isyarat masukan. |
analogue | analog | Teknik | Elektrik | 1. berkenaan kumpulan alat pengukuran elektrik dan elektronik yang menggunakan jarum atau pen untuk merakamkan atau menunjukkan sesuatu bacaan. 2. berkenaan litar elektronik yang hanya boleh dikendalikan untuk sesuatu tujuan sahaja. 3. berkenaan litar elektronik yang boleh mengeluarkan beberapa bacaan voltan atau arus, atau dikendalikan pada voltan yang pelbagai julat. misalnya, litar penguat, litar pembilang getar, dan litar pengayun. |
Bandwith | jalur lebar | Teknologi Maklumat | Tiada | Muatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps. |
meter | meter | Teknik | Elektrik | 1. Peranti yang digunakan untuk mengukur nilai atau kuantiti elektrik. Bacaannya mungkin berbentuk analog, digital, atau rekod. 2. Unit bagi panjang dalam sistem metrik. |