Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.lo.gi] | انالوݢي

Definisi : kias, perbandingan (yg memper­lihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mem­punyai) sesuatu sbg analogi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.lo.gi] | انالوݢي

Definisi : 1 persamaan dlm sesuatu hal atau sesuatu sifat. 2 perbandingan sesuatu dgn sesuatu (hal dsb) yg telah berlaku; kias. beranalogi menggunakan analogi: Dia sering ~ dlm membicarakan karyanya. beranalogikan menggunakan sesuatu sbg analogi: Hujahnya ~ fakta yg diperoleh drpd bahan rujukan lama. menganalogikan menjadikan atau membuat sesuatu sbg analogi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analogi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analogyanalogiKesusasteraanTiadaCara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile.
analogyanalogiKesusasteraanPuisiPersamaan sebahagian daripada ciri antara dua perihal atau peristiwa yang dapat digunakan sebagai dasar perbandingan.
analogyanalogiKesusasteraanTiadaPerbandingan antara sesuatu untuk membentuk makna yang lebih jelas. Misalnya isi dengan kuku
organic formbentuk organikKesusasteraanTiadaBentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik.
metaphorical solutionpenyelesaian kiasanKesusasteraanTiadaPeleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantasi, digunakan dalam cereka sains atau fantasi yang bersifat satira dan memberikan nilai pengajaran. Cerita ibarat berasal daripada bahasa Yunani parable yang bermaksud �perbandingan dan bidalan�. Lihat juga berbingkai, fantasi, satira.
cosmopolitan writingpenulisan kosmopolitanKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�.

Kembali ke atas