Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anatomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anatomical positionposisi anatomiSains SukanBiomekanikLihat posisi rujukan anatomi.
anatomyanatomiSains SukanBiomekanikCabang ilmu dalam bidang biologi yang mengkaji struktur tubuh dan kaitannya antara satu sama lain. Pendekatan anatomi digunakan dalam kajian biomekanik bagi menjelaskan struktur tubuh dan bahagian-bahagiannya serta bahagian-bahagian tubuh yang berpotensi untuk menghasilkan gerakan.
anatomical reference positionposisi rujukan anatomiSains SukanBiomekanikKedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi.
vacuum-pressure treatmentrawatan vakum-tekananBuluhTiadaKaedah merawat buluh menggunakan vakum dan tekanan. Vakum berfungsi untuk mengeluarkan air atau udara yang terperangkap dalam struktur anatomi buluh, manakala tekanan menolak masuk larutan bahan pengawet ke dalam struktur anatomi buluh.
abductionabduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi.
adductionaduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi.
pronationpronasiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi.
supinationsupinasiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi.
anatomyanatomiKesusasteraanTiadaKarangan yang memperlihatkan suatu analisis yang logis atau berbentuk ilmiah dan berunsur falsafah.
anatomyanatomiBiologiTiada1. Kajian tentang struktur tubuh organisma hidup, seperti yang dipelajari dengan membelahnya.,2. Organisasi bahagian tubuh dan perhubungan struktur antaranya.
12345

Kembali ke atas