Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg mengancam atau diĀ­ancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg mengancam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ancaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empty threatancaman kosongUmumTiadaAncaman yang dibuat untuk menakut-nakutkan seseorang, tanpa ada niat untuk melaksanakan ancaman tersebut.
threat assessmenttaksiran ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer.
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatTiadaAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti curi, kompromi atau serangan. Kaedah ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti kecurian, kompromi atau serangan. Amalan ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
alignbersekutuSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun.
consolidation (power)pengukuhan (kuasa)Sains PolitikPolitik PerbandinganAksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004.
insider threatancaman dalamanSains NuklearKejuruteraan ReaktorLihat insider adversary.
design basis threat (DBT)ancaman reka bentuk asasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSifat khusus dan ciri-ciri musuh dalaman dan/atau luaran yang berpotensi untuk cuba melakukan pemindahan yang tidak dibenarkan atau mensabotaj sistem perlindungan fizikal yang direka bentuk dan telah dinilai.
jeopardy assessment bondbon taksiran ancamaninsuransTiadaBon yang diperlukan untuk menjamin bayaran cukai pendapatan.
repudiationsangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSalah satu ancaman keselamatan yang menyebabkan pengguna komputer menafikan tindakan yang telah diambil atau telah mengaku melakukan sesuatu tindakan yang tidak dilakukan. Banding tanpa sangkalan.
1234

Kembali ke atas