Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.néu.ris.me] | انيستيتيک

Definisi : (anéstétik) (Ubat) bahan (ubat) yg menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (kpd rasa sakit, sentuhan, dsb), ubat bius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.néu.ris.me] | انيستيتيک

Definisi : /anéstétik/ ist bahan atau ubat yg menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (tidak peka) pd rasa sakit, sentuhan dsb; ubat bius. ~ am (umum) anestetik yg bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan seseorang (pesakit) tidak sedar (tidak berasa sakit), biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan. ~ setempat anestetik yg bertindak pd bahagian tubuh yg tertentu sahaja, yg menyebabkan seseorang (pesakit) tidak berasa sakit pd bahagian tsb, biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan, mendapat rawatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anestetik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general anaestheticanestetik am/anestetik umumSains KesihatanTiadaBahan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan kehilangan kesedaran.
anaesthetic testujian anestetikPerubatanTiadaUjian untuk mengesan keberkesanan anestetik yang diberikan, biasanya untuk mengesan keberkesanan anestetik setempat.
alveolar-to-venous anaesthetic gas gradientcerun gas anestetik alveolus-venaPerubatanTiadaPerbezaan tegangan atau tekanan separa antara gas anestetik dalam alveolus dengan gas anestetik dalam saluran darah vena.
inhalational anaestheticubat anestetik sedutanPerubatanTiadaAgen anestetik yang diberikan secara sedutan seperti Halothane dan Nitrous Oxide. Agen ini biasanya diberikan berserta oksigen melalui mesin yang khusus. Jenis agen dan dos bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis pembedahan.
volatile anaesthetic agentagen anestetik meruapPerubatanTiadaAgen anestetik berbentuk cecair mudah meruap yang digunakan untuk menginduksi pesakit secara inhalasi dan untuk penyelenggaraan anestesia umum. Contohnya, desflurana, sevoflurana, isoflurana dan halotana.
eutectic mixture of local anaesthetic (EMLA) creamkrim campuran eutektik anestetik setempat (EMLA)PerubatanTiadaCampuran ubat anestetik setempat seperti Lignocaine (2.5%) dan Prilocaine (2.5%) dalam emulsi minyak-air. Campuran ini digunakan untuk analgesia semasa punktur vena, kanulasi vena atau arteri, suntikan epidura, pembedahan permukaan kulit dan untuk melegakan sakit tornikeut semasa anestesia intravena sebahagian.
anaesthetistpakar anestesia/ pakar biusPerubatanTiada1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik.
anaesthetistpakar anestesia/ pakar biusPerubatanTiada1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik.
anaesthetistpakar anestesia/ pakar biusPentadbiran PerniagaanTiada1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik.
chloroform poisoningkeracunan kloroformKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloroform (formula kimia, CHCI3) iaitu cecair mudah meruap yang tidak terbakar dan merupakan gas anestetik yang pertama ditemui. Walau bagaimanapun, penggunaannya sebagai anestetik telah dihentikan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada mata. Dos parah secara pengingesan atau penyedutan adalah lebih kurang 10 mL, manakala had pendedahan ialah 10 ppm. Jumlah berlebihan boleh menghentikan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah tidak sedar dan kegagalan pernafasan. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan kerangsangan diikuti dengan tidak sedar, kelumpuhan pernafasan, dan sakit jantung. Keracunan kronik akibat penyedutan ekoran anestesia berulang meningkatkan kebarangkalian kerosakan hati atau buah pinggang. Pendedahan berulang dalam industri pada aras melebihi 10 ppm boleh menyebabkan kerosakan hati. Pesakit yang mati selepas beberapa hari mungkin menunjukkan degenerasi lemak dan perubahan degeneratif lain dalam hati, jantung, dan buah pinggang. Penemuan makmal menunjukkan kerosakan fungsi hati.
12345678910...

Kembali ke atas