phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika. |
unconditional positive regard | anggapan positif tak bersyarat | Perubatan | Psikiatri | Penerimaan pesakit secara menyeluruh tanpa syarat oleh doktor yang merawatnya. |
putative author | pengarang anggapan | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang rekaan yang dianggap sebenar dalam sebuah karya, iaitu dengan membina watak dalam karya yang dianggap sebagai pengarang buku. |
ilusion | ilusi | Kejururawatan | Tiada | Anggapan mental yang terbit daripada salah tafsiran tentang sesuatu rangsangan, contohnya tali ditafsir sebagai ular. Biasanya berlaku kepada pesakit mental. |
false belief | kepercayaan palsu | Kejururawatan | Tiada | Anggapan yang tidak benar yang tidak dapat dibetulkan walaupun melalui perdebatan, pemujukan ataupun oleh kenyataan deria individu itu sendiri. Biasanya keadaan ini berlaku kepada pesakit psikiatri. |
imitation | imitasi | Kesusasteraan | Tiada | Proses peniruan dalam karya sastera. Proses ini berdasarkan anggapan bahawa sastera ialah suatu percubaan untuk meniru alam seperti yang disebut oleh Aristotle sebagai mimesis. Sastera dikatakan bertindak sebagai cermin yang memancarkan realiti kehidupan manusia. Pandangan ini popular sehingga penghujung abad ke-18 apabila konsep peniruan ini mula dipertikaikan. Sesetengah pengkritik menganggap bahawa setiap peniruan akan melibatkan proses mediasi disebabkan oleh faktor ideologi atau kepentingan estetik. Justeru, imitasi bukanlah peniruan yang berlaku tanpa gangguan, tetapi imitasi bersifat amat subjektif. Imitasi berasal daripada perkataan Latin bermaksud �salinan atau tiruan�. Lihat juga mimesis. |
placebo | plasebo | Herba | Fitoterapi | Bahan yang tidak memberikan kesan kepada penyakit atau prosedur perubatan yang bukan bertujuan untuk terapi. Plasebo hanya boleh mempengaruhi anggapan subjektif pesakit terhadap gejala penyakitnya. Oleh itu, plasebo kadangkala membuatkan pesakit berasa lega daripada sakit yang dihadapinya. |
unweighted pair group method with arithmetric mean (UPGMA) | kaedah kelompok berpasangan tak berpemberat dengan min aritmetik (UPGMA) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk membina pepohon filogenetik dengan menggunakan jarak purata yang akan menghasilkan pengelompokan hierarki, dengan anggapan kadar evolusi molekul adalah malar. |
orientalism | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan. |