Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

Parliamentary SecretarySetiausaha Parlimen (kementerian)PentadbiranPentadbiran Awam

Anggota parlimen yang dilantik oleh Perdana Menteri, berkedudukan di bawah Timbalan Menteri dalam satu barisan kabinet. Setiausaha Parlimen mempunyai kuasa eksekutif di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Ia membantu Menteri dan Timbalan Menteri dalam sesebuah kementerian. Biasanya ia akan mewakili atau menggantikan Menteri atau Timbalan Menteri dalam sesuatu acara khas jika Menteri atau Timbalan Menteri ini tidak dapat hadir.

administrative neutralitykeberkecualian pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.


Kembali ke atas