Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin yg datang dr sebelah barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin barat

Puisi
 

Angin barat bertiup lembut,
     Bertiup pagi sampai petang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maestromaestroMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut dengan cuaca cerah yang kerap bertiup di pantai barat Adriatik terutamanya pada musim panas. Angin etesian di timur Mediterranean, angin barat laut di laut lonian, dan angin di pinggir pantai Sardinia dan Corsica juga dikenali sebagai maestro.
prevailing westerliesangin barat lazimGeografiTiadaTiada
meltemimeltemiGeografiTiadaAngin barat laut dan timur laut yang sangat kencang yang bertiup pada musim panas dan awal musim bunga di kawasan Timur Mediterranean.
kharifkharifGeografiTiadaAngin barat daya yang kencang, yang bertiup di pesisir selatan Teluk Aden dan Somalia.
planetary windangin planetGeografiTiadaSalah satu daripada sistem angin termasuk angin arus jet, monsun, angin pasat dan angin barat yang membentuk edaran atmosfera bumi.
mistralmistralMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut atau udara yang bertiup di laut persisiran pantai utara Mediterranean dari Ebro ke Genoa. Angin ini bertiup kuat, berbadai, sejuk dan kering. Aning ini bertiup paling kencang di pinggir pantai Languedoc dan Provence, terutamanya di Delta Rhone dan sekitarnya. Di pinggir pantai, angin ini berkelajuan 40 knot tetapi di Delta Rhone kelajuannya boleh mencapai sehingga 75 knot.
busterbusterMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerubahan arah angin secara tiba-tiba, selalunya daripada angin barat laut menjadi angin selatan yang diikuti dengan penurunan suhu yang mendadak di selatan dan tenggara Australia. Perubahan arah ini berlaku di belakang perenggan sejuk, dan sekiranya peningkatan tekanan adalah besar angin selatan ini boleh menjadi ganas. Kedatangan angin selatan selalunya ditandai dengan awan gulung berbentuk sabut yang panjang. Suhu kadang-kadang jatuh sebanyak 20�C dalam masa setengah jam. Ribut ini kadang-kadang disertai kilat dan guruh.
shamalshamalMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut yang panas, kering, dan berdebu lajunya jarang melebihi 50 kmsj yang bertiup di lembah rendah Iraq dan Teluk Parsi. Angin ini datang secara tiba-tiba pada sebarang masa dan selalunya berlaku selama satu hingga lima hari, lemah pada waktu malam dan kuat pada waktu siang. Pada bulan Jun dan awal Julai, angin ini bertiup secara berterusan hampir tanpa henti (shamal 40 hari atau shamal besar). Ketika angin ini bertiup, langit biasanya tidak berawan tetapi selalunya berjerubu tebal yang akan menghalang penglihatan dan membahayakan pengemudian.
brave west windangin barat kencangMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin baratan yang bertiup kencang dan agak tetap di lautan pada latitud 40� hingga 65� di hemisfera utara dan 35� hingga 65� di hemisfera selatan. Angin ini bertiup lebih kuat pada latitud 40�S hingga 50�S. Angin ini dikaitkan dengan gradien tekanan yang kuat pada sisi yang mengarah khatulistiwa, iaitu pada laluan lekukan yang mengarah ke timur di daerah latitud sederhana subkutub. Oleh sebab itu angin ini berubah-ubah terutama antara barat daya dan barat laut.
norwesternorwesterMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut kencang jenis olakan, biasanya diiringi badai jajar, yang berlaku di Bengal dan Assam dalam bulan Mac hingga Mei. Ribut ini disebut juga angin barat laut kerana kecenderungannya untuk bergerak dari barat laut.
12345

Kembali ke atas