equatorial westerlies | angin baratan khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Angin baratan yang kadang kala terdapat di palung khatulistiwa dan terpisah daripada angin baratan latitud tengah oleh jalur besar angin pasat timuran. |
equatorial westerlies | angin baratan khatulistiwa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin baratan yang kadangkala terdapat di palung khatulistiwa dan terpisah daripada angin baratan latitud tengah oleh jalur besar angin pasat timuran. |
local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |
buster | buster | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perubahan arah angin secara tiba-tiba, selalunya daripada angin barat laut menjadi angin selatan yang diikuti dengan penurunan suhu yang mendadak di selatan dan tenggara Australia. Perubahan arah ini berlaku di belakang perenggan sejuk, dan sekiranya peningkatan tekanan adalah besar angin selatan ini boleh menjadi ganas. Kedatangan angin selatan selalunya ditandai dengan awan gulung berbentuk sabut yang panjang. Suhu kadang-kadang jatuh sebanyak 20�C dalam masa setengah jam. Ribut ini kadang-kadang disertai kilat dan guruh. |
cyclostrophic wind | angin siklostropik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang mempunyai halaju mendatar yang pecutan memusatnya mengimbangi daya tekanan mendatar. Angin siklostropik ini sama dengan angin sebenar di khatulistiwa dan daerah berdekatan dengannya yang mempunyai pecutan Coriolis yang kecil atau dalam keadaan angin yang sangat besar sehingga menyebabkan pecutan memusat menjadi dominan. |
drogue | sauh arus;drogue | Aeroangkasa | Tiada | 1. Satu kanvas berbentuk kon yang kedua-dua hujungnya terbuka dengan gelung besar pada penghujung yang besar, digunakan sebagai penunjuk arah angin atau sebagai sasaran latihan menembak.,yang juga merupakan julat peralihan daripada aliran subsonik kepada aliran supersonik.,1. Satu kanvas berbentuk kon yang kedua-dua hujungnya terbuka dengan gelung besar pada penghujung yang besar, digunakan sebagai penunjuk arah angin atau sebagai sasaran latihan menembak. |
industrial wind tunnel | terowong angin industri | Aeroangkasa | Tiada | Terowong angin berkelajuan rendah yang bersaiz besar dan digunakan untuk mengkaji ciri-ciri aerodinamik di sekeliling jasad yang besar seperti kereta atau model bangunan. |
air-borne | bawaan udara | Biologi | Patologi | Perihal penyebab penyakit kecil yang ditularkan melalui atau oleh udara atau angin. Sebilangan besar penyebab penyakit tumbuhan, lebih-lebih lagi kulat, adalah bawaan udara. |
air-borne | bawaan udara | Kimia | Tiada | Perihal penyebab penyakit kecil yang ditularkan melalui atau oleh udara atau angin. Sebilangan besar penyebab penyakit tumbuhan, lebih-lebih lagi kulat, adalah bawaan udara. |
shamal | shamal | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin barat laut yang panas, kering, dan berdebu lajunya jarang melebihi 50 kmsj yang bertiup di lembah rendah Iraq dan Teluk Parsi. Angin ini datang secara tiba-tiba pada sebarang masa dan selalunya berlaku selama satu hingga lima hari, lemah pada waktu malam dan kuat pada waktu siang. Pada bulan Jun dan awal Julai, angin ini bertiup secara berterusan hampir tanpa henti (shamal 40 hari atau shamal besar). Ketika angin ini bertiup, langit biasanya tidak berawan tetapi selalunya berjerubu tebal yang akan menghalang penglihatan dan membahayakan pengemudian. |