Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin-angin 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cross windangin silangMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Angin yang mempunyai komponen yang tegak lurus terhadap arah objek yang bergerak. Umumnya, sebarang angin selain angin buritan atau angin sakal ialah angin silang. Hanyutan yang dihasilkan oleh angin silang semasa mendarat atau berlepas. 2. Komponen vektor angin yang tegak lurus terhadap arah trajektori.
zonal windangin zonalMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Angin atau komponen angin yang selari dengan latitud; angin zonal bernilai negatif jika bertiup dari timur dan positif jika bertiup dari barat. 2. Sama dengan angin baratan.
galebebadaiMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Angin yang luar biasa kuatnya. 2. Dalam peristilahan amaran ribut, angin yang kelajuannya antara 28 - 47 knot. 3. Dalam skala Beaufort, angin dengan kelajuannya antara 28 - 55 knot berdasarkan kategori seperti yang berikut: i. bebadai sendalu (28 - 33 knot); ii. bebadai segar (34-40 knot); iii. bebadai kencang (41-47 knot); dan iv. bebadai cekang kelat (48 - 55 knot).
tail windangin jurusAeroangkasaTiada1. Angin yang arahnya sehaluan dengan laluan pergerakan pesawat udara.
air resistancerintangan udara/tahanan udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Fenomena seretan angin yang menghasilkan daya hakis dan kesan haus pada bangunan atau struktur lain disebabkan aliran laluan angin pada bangunan tersebut. Bangunan berupa kotak mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding bangunan berbentuk silinder. Ujian seretan angin pada bangunan boleh dilakukan dengan menggunakan model berskala dalam terowong angin. Fenomena ini berguna untuk jurutera awam mereka bentuk bangunan yang boleh menyaingi rintangan angin. 2. Seretan angin yang merintang dan mengurangkan kelajuan pergerakan objek. Objek berbentuk kiub mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding dengan objek berbentuk aerofoil. Ujian seretan boleh dilakukan kepada model berskala dalam terowong angin. Pemahaman seretan angin boleh membantu jurutera mekanikal mereka bentuk kenderaan dan kapal terbang yang efisien.
leewardteduh anginMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Bahagian bukit, gunung atau pulau yang terlindung daripada arah tiupan angin atau ombak. 2. Arah teduh angin sesuatu titik menunjukkan arah bawah angin dari titik tersebut misalnya ke arah timur bagi angin baratan.
engine podpod enjinAeroangkasaTiadaBekas untuk menempatkan enjin pesawat udara, lazimnya terletak di bawah sayap.,1. Angin yang arahnya sehaluan dengan laluan pergerakan pesawat udara.,Jumlah kesemua daya seret iaitu daya seret parasit, daya seret teraruh dan daya seret mampatan.,Bekas untuk menempatkan enjin pesawat udara, lazimnya terletak di bawah sayap.
trade-wind desertgurun angin pasatSainsHidrometeorologi1. Kawasan yang mempunyai curahan hujan yang amat sedikit dan bersuhu tinggi yang terdapat di kawasan angin pasat atau angin yang setara dengannya (seperti harmattan) bertiup didataran. Contoh yang terbaik ialah gurun Sahara dan gurun Kalahari. Angin pasat yang bertiup dari latitud lebih tinggi sangat kering. Kawasan ini hampir tidak berawan langsung di kawasan gurun. 2. Pantai gersang yang menyempadani laut sejuk di persisir barat Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Afrika.
gustlangkisauSainsHidrometeorologi1. Pertambahan kelajuan angin dengan serta-merta dalam selang masa yang pendek. Ia berlaku dalam masa yang lebih pendek daripada badai, diikuti keadaan reda atau kelajuan angin yang berkurangan. Tempoh langkisau biasanya kurang daripada 20 saat. 2. (langkisau) Angin kencang seperti fohn pada siang hari di Sumatera dan kepulauan Indonesia yang lain.
stormributMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Gangguan atmosfera yang dikenali dalam carta sinoptik sebagai gabungan unsur cuaca seperti tekanan, angin, awan, dan kerpasan. Ribut ini merangkumi ribut petir, tornado, siklon tropika, dan siklon luar tropika. 2. Dalam skala angin Beaufort, angin yang bertiup dengan kelajuan 48 hingga 55 knot.
1234567

Kembali ke atas