kepatihan | kepatihan | Muzik | Tiada | Notasi angka, iaitu 1 2 3 5 6 yang digunakan dalam muzik gamelan Jawa di Indonesia. <i>Lihat juga i>notasi. |
Udden-Wentworth grade scale | skala gred Udden-Wentworth | Kejuruteraan | Petroleum | Sistem pengelasan atau penggolongan sedimen kelas/gersik mengikut gred saiz yang tertentu berdasarkan saiz butiran. Saiz butiran diwakili oleh diameter butiran yang diukur dalam unit mm. Penggolongan atau pembatasan gred saiz dibuat berdasarkan angka 2 termasuk angka-angka terbitan hasil perkalian kuasa daripada angka 2 tersebut. Angka-angka batas yang dipilih ialah 2, 1/16, 1/256 untuk mengelaskan sedimen kepada golongan rudit, arenit dan argilit. Skala pengelasan ini adalah hasil paduan dua skala, iaitu skala Udden (1932) dan skala Wentworth (1933). |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |
wind force | daya angin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Angka pada skala Beaufort yang sepadang dengan kesan yang dihasilkan oleh angin dalam julat laju tertentu. 2. Daya yang dikenakan oleh angin pada suatu objek. |
binary data | data perduaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Data yang terdiri daripada angka 0 dan 1. Kesemua penukaran angka daripada pelbagai angka dasar, perwakilan arahan dan perwakilan imej boleh diwakilkan dalam bentuk data perduaan. |
binary number system | sistem nombor binari | Perpustakaan | Tiada | Sistem yang mempunyai angka 1 dan 0 sahaja yang digunakan dalam kebanyakan komputer elektronik dan teori maklumat. |
quantity | kuantiti | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang angka positif atau negatif, sama ada angka penuh atau pecahan.,2. Pemalar, pemboleh ubah, fungsi atau ungkapan. |
numeral | angka | Matematik | Tiada | Simbol untuk mewakili sesuatu nombor. Misalnya, angka Roman ialah I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan angka Hindu-Arab ialah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ... |
number place value | nilai tempat nombor | Matematik | Tiada | Nilai sesuatu digit dalam bentuk angka bagi nombor yang ditetapkan mengikut tempat letaknya digit itu dalam angka. Misalnya, untuk angka 7653, nilai tempat bagi digit 7 ialah ribu, bagi digit 6 ialah ratus, bagi digit 5 ialah puluh dan bagi digit 3 ialah sa. Dengan itu, angka 7653 ialah (7 x 1000) + (6 x 100) + (5 x 10) + (3 x 1). |
binary file | fail perduaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Fail komputer bagi sebarang jenis data yang dikodkan dalam bentuk perduaan untuk tujuan penyimpanan dan pemprosesan. Fail ini boleh dalam bentuk fail teks (.txt) ataupun fail data (.dat). Fail ini kebanyakannya digunakan dalam pemprosesan imej bagi tujuan pensegmenan. Angka 0 mewakili piksel hitam dan angka 1 mewakili piksel putih. Angka ini juga digunakan untuk mewakili keamatan imej bagi tujuan pengambangan. |